Monday, October 22, 2012

EZMI MD JAN - EZMI'S CHARITY DRIVE

21 Oktober 2012, sy memimpin club BMW Mthusiast ke Ezmi's Charity Drive yg bertempat di Sekolah Projek Seksyen 11, Shah Alam. Walau pun sy tidak mengenali anak muda, bekas pemain bola yg pernah mewakili beberapa pasukan hebat di Malaysia ini,namun sebagai umat Islam,anak Melayu,sy rasa terpanggil utk support program ini utk sama2 memberi sumbgn yg tidak seberapa bg membantu Ezmi Md Jan. Kebetulan 3 daripada members BMW Mthusiast yg aktif ada ex student sekolah tersebut. Kami berkumpul di Petronas sebelum tol Batu 3 Shah Alam menunggu ketibaan members, lebih kurang jam 10 pagi kami bergerak ke Sekolah tersebut dengan 23 buah kereta dan sebuah BMW S1000RR Super Marshall Faiz,dan suasana masa tu amat meriah,terlalu ramai sehingga kami perlu Q utk naik ke kawasan sekolah kerana club Toyota Vios telah smpai terlebih dahulu. Apabila sudah dpt arahan, kami terus memandu naik ke perkarangan sekolah,memberi sumbangan utk car wash, namun daripada 23 buah kereta kami,hanya 1 je yg betul2 basuh ambik syarat,yg lain sekadar beri sumbangan utk basuh kereta but tak basuh pun,kesian pulak krew basuh kereta tu ,penat nk basuh byk kereta,bertubi2 club kereta smpai antaranya kelab Honda City dan Myvi. Bermacam2 acara dijalankan dan setelah selesai membuat pusingan memandu kereta di perkarangan sekolah,kami cari parking dan naik semula ke perkarangan sekolah utk meluangkan masa di situ sebagai tanda support. Ramai celebrity yg turut hadir dari Raja Lawak, Penyanyi,Pelakon juga bbrpa atlit negara termasuk Safee Sali. Semoga Ezmi Md Jan dipermudahkan Allah utk menghadapi ujian ini dan kepada yg terlibat dlm prog ini secara langsung dan tak langsung,tahniah,terima kasih diucapkan, moga Allah jua membalas jasa baik kalian.
selepas selesai hajat dan misi kami di sekolah projek tersebut,kami bergerak ke Restoran MMZ Bukit Jelutong (mamak) utk mkn,minum dan mengambil kesempatan bertemu members baru yg belum pernah berjumpa serta berbincang utk prog2 yg akan datang.

Friday, October 19, 2012

PERKHIDMATAN LOGISTIK

Salah satu cabang perkhidmatan yang boleh saya berikan kepada pelanggan adalah dlm bidang logistik,sewa lori untuk tujuan pindah,hantar barang dsbnya,make sure yang tidak melanggar peraturan,yang mana lori ini kepunyaan adik lelaki saya sendiri, sebuah lori 3 tan Isuzu NPR 4.3 Diesel 17 feet Container Bonded. Buat masa ini kami ada kontrak setiap Selasa,Khamis & Sabtu loading & unloading barang2 dari KL ke JB, so 3 4 hari selebihnya tu boleh la utk beri perkhidmatan. Saya juga mempunyai rangkaian perniagaan dengan beberapa syarikat logistik lain dan sewaan lori untuk sama2 kami memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan.
CALL/SMS SAYA 0192237048 UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Thursday, October 18, 2012

HARMONY EXCELLENCE HOLIDAYS SDN BHD

dah setahun sy bercuti daripada memberi perkhidmatan berkaitan pakej umrah,upah haji dan umrah, korban & akikah,but now rasa rindu pada Mekah dan Madinah, sy terpanggil utk memberikan perkhidmatan ini. Jika dahulunya saya sebagai General Manager yg full time di pejabat HARMONY EXCELLENCE HOLIDAYS SDN BHD (dahulunya Harmony Excellence Travel & Tours Sdn Bhd), but now sy bertindak sbg ejen permasaran yg aktif, mudah utk sy bergerak ttp masih boleh memberi perkhidmatan dgn kemudahan yg disediakan oleh syarikat yg sy anggap seperti family sy sendiri. Bermula dengan satu unit pejabat pada tahun 2008 di tingkat atas, sekarang telah menyewa 3 unit pejabat di no. 1 dan 1A juga no.5 Jalan Wangsa Melawati 4, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur. Sekarang sedang melakukan ubahsuai pejabat utama yg asalnya kedai servis dan tayar, banyak dh bos habiskan duit utk pejabat ni demi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan peluang kerja kepada mereka yg memerlukan
CALL / SMS SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PAKEJ-PAKEJ UMRAH 0192237048

BMW Motorsport Enthusiast Club ( ///MTHUSIAST )

Assalamualaikum, dah terlalu lama tak update blog,now kembali ada mood, emm apa nk citer ya, nk share tentang xtvt sosial sy bersama kelab kesayangan sy, BMW Motorsport Enthusiast (MTHUSIAST) yg ditubuhkan sejak 2011 secara rasmi dan menjadi sebuah pertubuhan berdaftar secara rasminya pada Julai 2012, dan sy selaku Presiden bersama komiti yg lain mempunyai matlamat yg mungkin tak sama dgn kelab2 kereta lain di Malaysia, kami tak mahu kuantiti,kami mahu kualiti,kami tak mahu member yg ramai but kami mahu ahli keluarga,mungkin ramai tak tahu apa konsep kami,tgk gmbar2 di bawah mungkin anda akan mengerti