Monday, October 22, 2012

EZMI MD JAN - EZMI'S CHARITY DRIVE

21 Oktober 2012, sy memimpin club BMW Mthusiast ke Ezmi's Charity Drive yg bertempat di Sekolah Projek Seksyen 11, Shah Alam. Walau pun sy tidak mengenali anak muda, bekas pemain bola yg pernah mewakili beberapa pasukan hebat di Malaysia ini,namun sebagai umat Islam,anak Melayu,sy rasa terpanggil utk support program ini utk sama2 memberi sumbgn yg tidak seberapa bg membantu Ezmi Md Jan. Kebetulan 3 daripada members BMW Mthusiast yg aktif ada ex student sekolah tersebut. Kami berkumpul di Petronas sebelum tol Batu 3 Shah Alam menunggu ketibaan members, lebih kurang jam 10 pagi kami bergerak ke Sekolah tersebut dengan 23 buah kereta dan sebuah BMW S1000RR Super Marshall Faiz,dan suasana masa tu amat meriah,terlalu ramai sehingga kami perlu Q utk naik ke kawasan sekolah kerana club Toyota Vios telah smpai terlebih dahulu. Apabila sudah dpt arahan, kami terus memandu naik ke perkarangan sekolah,memberi sumbangan utk car wash, namun daripada 23 buah kereta kami,hanya 1 je yg betul2 basuh ambik syarat,yg lain sekadar beri sumbangan utk basuh kereta but tak basuh pun,kesian pulak krew basuh kereta tu ,penat nk basuh byk kereta,bertubi2 club kereta smpai antaranya kelab Honda City dan Myvi. Bermacam2 acara dijalankan dan setelah selesai membuat pusingan memandu kereta di perkarangan sekolah,kami cari parking dan naik semula ke perkarangan sekolah utk meluangkan masa di situ sebagai tanda support. Ramai celebrity yg turut hadir dari Raja Lawak, Penyanyi,Pelakon juga bbrpa atlit negara termasuk Safee Sali. Semoga Ezmi Md Jan dipermudahkan Allah utk menghadapi ujian ini dan kepada yg terlibat dlm prog ini secara langsung dan tak langsung,tahniah,terima kasih diucapkan, moga Allah jua membalas jasa baik kalian.
selepas selesai hajat dan misi kami di sekolah projek tersebut,kami bergerak ke Restoran MMZ Bukit Jelutong (mamak) utk mkn,minum dan mengambil kesempatan bertemu members baru yg belum pernah berjumpa serta berbincang utk prog2 yg akan datang.

No comments: